Monday, 9 January 2012

Ikan Ketutu atau Ikan Ubi (Marbled Goby)

Ikan ini dari jenis ikan haruan. Ada yang memanggil ikan haruan bodoh, ketutu atau ikan ubi, ikan hantu atau ikan belatuk. Nama saintifik ikan ini di gelar Marbled Goby. Hidup di dasar kolam, tasik, lombong atau kawasan yang berlumpur. Suka hidup di kawasan berlubang dengan arus air yang tenang. Spesis yang memakan daging(Karnivor). Agak pendiam dan bersifat agresif pada waktu malam.


Rasa dagingnya manis. Memakan masa selama lebih kurang dalam 18 bulan jika diternak, dimana beratnya mencecah antara 1kg ke 2kgg dalam tempoh 12 bulan ke 18 bulan. Spesis yang agak pemalu.


Makanan terdiri dari anak-anak ikan kecil seperti anak ikan talapia, ikan gopy, udang, siput atau daging ikan. Boleh juga diberikan pellet yang berperisa seperti udang. Agak rumit membelanya ketika kecil kerana purata untuk ikan ini hidup amat tipis (memerlukan penjagaan yang teliti). Jika hendak menternak ikan ini haruskan menyediakan kolam yang menyerupai habitat asalnya.

Harga di pasaran bagi ikan ini dari RM60 – RM80 dan boleh mencecah ke RM120.00 Biasanya ikan inio di pasarkan ke restoran – restoran antara bangsa atau dieksport ke luar negara. Tidak ramai yang mengkomersialkan Ikan Ketutu ini kerana risiko pemeliharaan pada peringkat permulaan. Purata untuk hidup bagi anak ikan ketutu amat rendah.



HABITAT IKAN KETUTU

  • Ikan ketutu bersifat pendiam,kurang bergerak,tidak aktif dan seperti mematikan diri.
  • Ikan ini aktif pada waktu malam atau pada keadaan yg gelap,samar-samar ataupun kurang cahaya. Pada keadaan ini,Ikan Ketutu lebih mudah untuk memperolehi makanan.
  • Suka mendiami dibawah kayu- kayu atau daun-daun didalam air
  • Ianya lebih sesuai pada kadar suhu yang lebih rendah berbanding dengan spesis ikan lain,contohnya ;

Spesis Ikan
Suhu (Darjah Celcius)
Tilapia
28 - 32
Ketutu
22 - 28
Lampan Jawa
28 - 32


  • Ikan ketutu biasanya berada pada bahagian dasar dimana kawasan yang didudukinya,ianya mampu berada pada paras ke dalam kira-kira 10 meter dari permukaan air.

SIFAT MARFOLOG

  • Ikan ketutu mampu membesar sepanjang 65 cm dengan kadar berat badannya kira-kira 6-7 kilogram.
  • Badan ikan ini berwarna coklat tua kehitam-hitaman dan berbelak- belak,seperti ikan kerapu laut.Selain itu juga,keistimewaan ikan ini mampu bertukar warna kulitnya seperti warna kuning dan kelabu mengikut persekitaran yang didiaminya.
  • Isi ikan ini berwarna putih seperti ikan kod,berkeping-keping,lembut,tidak mempunyai banyak tulang dan mempunyai kadar protein yang tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...