Wednesday, 11 January 2012

Peacock Bass Info


Spesis Pendatang - Peacock Bass



video

Bass Merak / Peacock Bass (cichla occelaris)
HABITAT ASALAmerika Selatan, Guana, Venezuela, Peru, Brazil, Colombia dan sekitarnya. PENGENALAN
Ikan ini terkenal dengan sifatnya yang sangat agresif dan mempunyai daya lawan yang tinggi. 

Ia tersenarai sebagai salah satu spesis 'gamefish' yang menjadi buruan para pemancing.
Di malaysia, ia boleh ditemui di tasik, lombong tinggal, kolam tadahan banjir dan kawasan berair bersih lain. Ia mula ditemui di sekitar perak, lembah kelang dan kini telah merebak ke tempat2 lain sekitar semenanjung. Ianya dibawa masuk ke negara kita oleh segelintir pemancing dengan tujuan untuk merancakkan lagi arena sukan pancing di Malaysia.


SIFAT
Bersifat pemangsa dan 'teritory' terutamanya dengan spesisnya sendiri. Ketika kecil, ia sangat sensitif dengan kualiti air dan pemakanan. Apabila telah mencapai panjang lebih 10 inci, ia mula menjadi ikan yang sangat agresif. Kitaran hidupnya adalah sekitar 10 hingga 15 tahun dan boleh mencapai panjang hingga 36 inci.
Ia menjadi lebih agresif apabila waktu mencari makan dan ketika mengawal anak.

PEMAKANAN
Diet utamanya adalah anak ikan, anak udang, cacing tanah dan lain-lain benda hidup.

CIRI-CIRI
mempunyai bentuk badan yang unik dimana ia mempunya bentuk kepala yang berbonjol dan warna badan yang berwarna warni. Dibahagian badan, ia berwarna kuning kehijauan dan mempunyai tompokan hitam di bahagian badan dan ekor. Berwarna kemerahan pada bahagian sirip bawah badan dan kehitaman pada bahagian ekor dan sirip bahagian atas badan.
Disamping itu, ia juga mudah dikenali kerana mempunyai mulut yang besar menghadap ke permukaan air serta sisik dibahagian badan yang halus.
Bagi ikan jantan dewasa, ia akan mula ditumbuhi boggol di bahagian atas kepala apabila matang manakala bagi betina pula tidak.

PEMBIAKAN
dalam keadaan liar, ia boleh bertelur sebanyak 10,000 biji telur dalang sarangnya yang berbentuk seperti kawah bulat yang digali dalam kawasan tebing tasik yang berlumpur ketika musim hujan. Setelah menetas, anak ikan ini akan dijaga oleh induk sehinggalah ia berusia 4 minggu.

t/b : Ikan ini membiak dengan cepat dan secara tak langsung merosakkan dan mengganggu ekosistem hidupan akuatik asal negara kita. kini, hampir kesemua tasik dan lombong tinggal kini didominasi oleh spesis ini.Jangan tangkap dan lepas, tapi tangkap dan makan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...